Fara Fauzana Bertukar Ke Fly FM?
Selepas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana memenangi anugerah di Shout
Awards 2013 bagi kategori Coolest Radio Announcer, pagi ini pasukan
waktu pagi di Hot FM melakukan kelainan dengan bertukar waktu kerja
dengan penyampai Fly FM.
Ia ekoran cabaran yang dilontarkan oleh stesen Fly FM bahawa penyampai
waktu pagi mereka Guibo akan datang ke konti Hot FM dan bersiaran dalam
Bahasa Melayu jika penyampai Hot FM berjaya memenangi anugerah di majlis
itu.
Pagi ini Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau bertukar tempat dengan Guibo selama kira-kira 2 jam sebagai melaksanakan cabaran berkenaan.
Satu cabaran besar bagi Guibo apabila beliau yang dilahirkan di Washington, Amerika Syarikat serta membesar di sana selama 23 tahun terpaksa bersiaran dalam Bahasa Melayu pada pagi tadi.

Seorang daripada penyampai segmen Hot FM AM Krew, AG memberikan cabaran kepada Guibo membaca beberapa petikan berita ternyata lucu kerana berbelit-belit lidah penyampai Fly FM itu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Manakala Fafau pula tidak mempedulikan tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris apabila bersiaran di stesen Fly FM dalam satu acara yang dipanggil The Swap itu.

0 comments:
Post a Comment