Pages

Saturday, 16 November 2013

Reza Mohamad Kahwin Senyap-Senyap


Reza Mohamad Kahwin Senyap-Senyap?

 
agaimanapun ketika dalam mood percutian, tiba-tiba nama Reza dikaitkan telahpun manjadi suami kepada seseorang selebriti dari sebuah negara. Pasangan yang menjadi pilihan hatinya merupakan pemuzik dan pelakon asal Brunei, Liyana Yus.

Sejurus selepas Reza memuatnaik gambar perkahwinannya di Instagram semalam, bekas bintang Akademi Fantasia itu terus menerima banyak ucapan tahniah daripada para peminat.


Reza pun nampaknya melayan kesemua ucapan berkenaan dengan mengucapkan terima kasih dan mengaku baru sahaja berkahwin apabila ada dikalangan peminat yang bertanya kesahihah perkara ini.

Malah Reza turut dilihat seperti mengesahkan perkara berkenaan dengan menyapa Liyana di Instagram dengan panggilan manja ‘Wifey’.

Tapi  ternyata semua ini hanya poyo.......tipu dan propa semara-mata!

Reza Mohamad Kahwin Senyap-Senyap?

Setelah diselidik majlis perkahwinan yang menyaksikan Reza dan Liyana mengenakan persalinan songket merah itu cuma sebahagian acara yang diatur dalam Program Asean Explore Quest Malaysia 2013 yang disertai mereka.

Program yang disertai 107 peserta terdiri daripada selebriti, wakil media dan pelancongan termasuk dari Vietnam, Filipina dan Myanmar ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Fara Fauzana Bertukar Ke Fly FM???


Fara Fauzana Bertukar Ke Fly FM?

 
Selepas penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana memenangi anugerah di Shout Awards 2013 bagi kategori Coolest Radio Announcer, pagi ini pasukan waktu pagi di Hot FM melakukan kelainan dengan bertukar waktu kerja dengan penyampai Fly FM.
Ia ekoran cabaran yang dilontarkan oleh stesen Fly FM bahawa penyampai waktu pagi mereka Guibo akan datang ke konti Hot FM dan bersiaran dalam Bahasa Melayu jika penyampai Hot FM berjaya memenangi anugerah di majlis itu.

Pagi ini Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau bertukar tempat dengan Guibo selama kira-kira 2 jam sebagai melaksanakan cabaran berkenaan.

Satu cabaran besar bagi Guibo apabila beliau yang dilahirkan di Washington, Amerika Syarikat serta membesar di sana selama 23 tahun terpaksa bersiaran dalam Bahasa Melayu pada pagi tadi.



Seorang daripada penyampai segmen Hot FM AM Krew, AG memberikan cabaran kepada Guibo membaca beberapa petikan berita ternyata lucu kerana berbelit-belit lidah penyampai Fly FM itu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

Manakala Fafau pula tidak mempedulikan tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris apabila bersiaran di stesen Fly FM dalam satu acara yang dipanggil The Swap itu.

Zul Ariffin Dan Gayatri Su-Lin Pillai Bakal Nikah

Zul Ariffin Dan Gayatri Su-Lin Pillai Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

 
Pelakon Zul Ariffin,27, dan kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai, 38, kini dilaporkan telah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Bagaimanapun Zul berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi mengenai perkara tersebut secara mendalam kerana ia masih lagi dalam perancangan.

"Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri zaman solo masing-masing dengan sebuah ikatan perkahwinan. Begitu juga kami. Kami berhajat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, tetapi bukan sekarang.

"Saya beri laluan kepada artis-artis lain untuk kahwin dahulu," katanya lagi.

Zul yang mengakui sedang bercinta dengan Gayatri yang juga Naib Presiden Astro Shaw, sejak Jun 2012 selepas mereka bekerjasama dalam penggambaran filem Penanggal.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar tiada pihak cuba membangkitkan isu jarak umur antara mereka kerana keputusan untuk menjalin hubungan dengan Gayatri tiada kena mengena dengan status atau usia wanita itu yang lebih tua daripadanya.

                                                                   Gambar Gayatri

Friday, 1 November 2013

Fizo Omar Bakal Berkahwin Dengan Mawar

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Bakal Nikah


fizo omar, pelakon, hiburan, berita, Mawar Abdul Karim, bakal nikah

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim nikah 2 minggu lagi

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Nikah | Akhirnya Fizo bakal mengakhiri zaman bujangnya apabila dikatakan bakal diijabkabul dengan gadis pilihanya bernama Mawar Abdul Karim.


Fizo Omar dijadualkan membuat pengumuman tarikh pernikahan beliau dengan Mawar hari ini (27 Oktober 2013) di The Curve, Damansara tetapi laporan Utusan Malaysia menyebut yang majlis bahagia mereka akan berlangsung dua minggu dari sekarang.


“Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi.

Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar,” ujar Fizo Omar.

Berikut biodata Mawar

Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 24 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Kelulusan : -
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA



‘SAYA NIKAH 5 KALI,BUKAN ISTERI 5′?



Seremban: “Memang saya pernah berkahwin lima kali tetapi saya tidak pernah memiliki lima isteri dalam satu masa.

“Jangan menyebarkan fitnah kerana setiap tuduhan itu akan diminta atas tanggungjawabnya,” tegas pelawak tanah air, Salih Yaacob, 52 yang menjawab dakwaan dan desas-desus mengatakan dirinya kini memiliki lima isteri dalam satu masa.

Salih yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, dakwaan mengatakan dirinya miliki lima isteri tidak masuk akal kerana ia bertentangan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Katanya, dirinya bukan bodoh untuk melakukan perkara yang karut tambahan pula menyalahi hukum-hukum Islam.

“Islam membenarkan umatnya menguruskan hanya empat isteri bukan lima. Tetapi kalau berkahwin lima kali dan memiliki empat isteri tidak mengapa,” katanya.

Kata Salih, dakwaan berkenaan adalah fitnah semata-mata dan tidak elok untuk disebarkan tanpa bukti.

“Jika benar dakwaan mengatakan saya memiliki lima isteri, saya mohon tampil dan kemukakan bukti terbabit,” katanya.

Menurutnya, pada 1993 dia pernah bercerai bersama isteri pertama sebelum berkahwin bersama empat isterinya kini. Empat isterinya adalah Norliza Mamat, 50, Noraha Hamat, 44, Nor Farawahida Sulaiman, 35 dan Emi, 26.

Shah Iskandar Dengan Kakak Anzalna

 SHAH ISKANDAR MENAFIKAN HUBUNGAN DENGAN KAKAK ANZALNA





Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Macam Kawan Saja | Pelakon Shah Iskandar menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan kakak Anzalna, Diana Nasir.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar mingguan berserta gambar mesra mereka yang turut dikepilkan bersama mengatakan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Mengulas mengenai perkara itu, Shah berkata, “saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna. Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai. Tidak pernah lagi berdua”.




“Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut. Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain disekeliling kami,” jelasnya menerusi Media Hiburan.

Ketika ditanya perasaan kepada wanita tersebut, Shah mengatakan dia hanya menganggap Diana sebagai kawan biasa sahaja.

Shah yang kini berada di Cape Town kerana terlibat dengan rancangan Fear Factor 2 akan segera bertanyakan hal ini sendiri kepada Diana sekembalinya dia ke tanah air kelak.

Mungkinkah Diana hanya bertepuk sebelah tangan?

Namun daripada status yang dikongsikan Diana nampaknya seperti dia sudah tangkap cintun dengan aktor tersebut. entah ler,nak cye ke tidak...terpulanglah kepada pembaca sendiri yang menilai....